Thursday, April 3, 2014

diari satu

kalau diberi peluang untuk patah balik.. aku rasa lebih baik tak ada.. perjalanan hidup ini tak la mudah.tapi tak susah sampai perlu mencari tanah lain untuk berpijak..langit lain untuk berlindung.. pagi-pagi memang rasa macam nak marah orang.. tapi bila pikir balik..alhamdulilah..saat itu Allah bagi aku diam..sebab kalau aku bercakap mungkin makian dan sumpahan akan keluar..tak pun selipar aku lepas kat muka dia.. =_=! ikutkan khayalan iblis memang macam itu.. kasi lepas puas je..tapi terperangkap dalam sesal dalam tempoh yang lama.. hahaaha

tolong kuatkan aku dengan sabar
damaikan amarah yang menyala2..
khayalan iblis yang sentiasa ada..
buruk benar bila marah..
tapi lagi buruk bila kita mengutuk dan mengomel dengan orang kan..
aku tak nak fikir banyak dah benda2 mengarut ini..
buat jerawat tumbuh je.. dah la banyak dah ni
hahaaha

bukan senang nak sabar rupanya..
sabar dan diam... susah=_=!
rasanya makan kacang lagi senang..
hahaha

bila kita pilih sesuatu yang menjadi keutamaan..jangan letakkan ada pilihan lain dibelakang..
hati akan terluka..
menjadi pilihan jawapan bukan semua orang suka..
dan kalau aku diberi menjadi pilihan..aku pilih untuk tidak dipilih..
biar yang dipilih itu memang haknya dipilih..
sebab itu aku tak pernah buat backup bila aku dah sayang atau dah pilih...=_=!
 okei jumaat jangan lupa

senyum selalu
istighfar
perbetulkan syahadah
selawat =)

post pertama memang stess

kadang-kadang aku marah.. bukan dengan orang lain.tapi dengan diri sendiri je. keputusan dua tahun lepas untuk sambung phd bukan atas desakan mana-mana pihak. tapi aku sendiri yang nak sambung. dah dua tahun rupanya.. aku tak tahu sama ada aku sengsara ke seronok. aku pernah kerja.. pernah belajar.. tapi aku still suka belajar.. kerja tak best.. ramai orang gila kuasa.. gila pemalas.. gila menyibuk... zaman belajar tak ada ke? ada juga tapi tak menyerlah macam orang gila kerja.. entah aku tak suka kerja dengan keadaan macam itu dulu. sebab itu aku dengan tak sabarnya nak berhenti kerja.. menyesal? tak langsung.. keluar melakukan benda yang aku suka.. aku puas masa itu..

tapi bila aku sambung phd.. aku tak plan betul2..aku tak atur apa yang aku nak belajar..estime aku..sampai la tahun kedua.. aku decide nak tangguh. haha gila kan.sebab aku jadi macam bodoh.aku stress gila..tapi bila aku cakap dekat tunang aku.. awak boleh.. jangan negetive.. blaa...bllaaa... lagi aku stress... dia tak faham hati perempuan sangat sebab dengan meriam buluh je hari-hari..hahaha sebab aku tak tahu laa...susah laa fizik ini..dulu dah la aku nyaris nak fail fizik dengan add math =_=! tapi kita tak boleh jadi banduan masa silam kan.. well said.. memang senang macam kunyah kacang.. since dah nak khawin tak lama lagi..lagi la aku tak sedia.. nak jadi isteri..haram aku tak study apa2 lagi..seriau aku.. nasib ada member yang boleh nak share sikit2..boleh la aku tahu juga.. seram wei aku nak khawin..sampai duduk atas pelamin pun along aku isau..hahaha.. aku memang teruk pun.. entah la macam mana tunang aku boleh syok kat aku..lama wei aku bercinta.. sebab muka tak cantik tu lambat khawin..kalau lawa ini...umur 20 an aku nak khawin dah..hahaha

stress wei.. dengan budak master yang kerek macam nangka.. fuhh sabar je la..nyaris lagi hari ini aku nak maki dia.. tapi sabar-sabar.. nanti muka tak cantik nak khawin.. haha kadang-kadang aku rasa tak sabar nak mati.. boleh jumpa Allah..boleh ngadu kat rasullah s.a.w.. sampai aku rasa macam itu..hahaha dunia ini macam bukan tempat aku.. aku rasa tak layak.. aku kadang-kadang tanya juga Allah letakkan aku tak sini padahal ini titik kelemahan terbesar aku.. kenapa eh.. ALLAH maha tahu.. jangan putus asa.. tapi aku tengah stress kadang-kadang mulut hati aku ini busuknya memaki semua sesuka hati.. haha.. aku nak jadi orang bermanafaat..nak tolong orang.. aku nak mati dalam iman.. aku nak rasa kasih sayang Allah.. aku nak rasa cintakan Allah..